Tips kulit sihat dan kekal remaja - Dr Irma

HI semua. Saya pasti semua orang impikan kulit yang sihat dan wajah yang remaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Rahsianya adalah tidur yang berkualiti. Masa rehat dan tidur yang cukup akan menyebabkan tubuh kita berfungsi lebih baik dan secara tidak langsung menyumbang kepada kesihatan dan keremajaan kulit. Di sini saya ingin berkogsi sedikit tips dan cara mendapatkan tidur yang berkualiti bagi memiliki kulit yang sihat dan remaja idaman semua.

  1. pastikan mendapat tidur yang cukup tidak kurang dari 8 jam setiap hari dan pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap malam untuk mendapat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti.
  2. elakkan minum minuman berkafein 3 jam sebelum tidur.
  3. minum segelas susu sebelum tidur untuk membantu mendapat tidur yang nyenyak
  4. elakkan memasang television atau melihat telefon sebelum tidur.
  5. pastikan bantal tidur dan tilam selesa untuk anda
  6. letakkan haruman lavender di dalam bilik tidur untuk tidur yang lebih nyenyak dan tenang

Di atas adalah antara tips untuk mendapat kulit yang sihat dan remaja dengan menjaga kitaran dan kualiti tidur. Insyaallah, saya akan berkongsi lebih banyak tips pada masa akan datang.

“KEYAKINAN ANDA, KEBANGGAAN DR. IRMA”

 

 

Shares