Elica Mentor Milenia 2017 dan Akim Seronok Dapat Hadiah dan Tips dari Dr Irma - Dr Irma

Elica Mentor Milenia 2017 atau Angelina Paujin yang berumur 17 tahun dari Tambunan Sabah ini memberikan persembahan yang sangat baik di konsert Mentor Milenia 2017 dan tidak hairan lah jika Elica dinobatkan sebagai pemenang Battle 3.

Tahniah kepada Akim sebagai seorang Mentor yang bersusah payah melatih Elica sehingga dapat memberikan persembahan yang menakjubkan itu.

Elica dan Akim agak menyambut dengan gembira kedatangan Dr Irma yang menyumbangkan hadiah sebagai salah seorang penaja hadiah Mentor Milenia 2017.

Di samping memberikan hadiah yang ditaja (lihat video di atas), Dr Irma masih sempat memberikan tips tips kecantikan dan penjagaan kulit kepada Elica dan Akim.

Elica memang dikurniakan dengan kulit yang cantik dan penjagaan berterusan amatlah penting untuk memastikan kecantikan kulit kekal berterusan.

Elica Mentor Milenia 2017 menyampaikan lagu dari Nike Ardilla

Pada malam tersebut, Elica menyampaikan lagu “Mama Aku Ingin Pulang” dari Nike Ardilla, sehingga di pilih sebagai juara pada minggu tersebut.

Persembahan Elica pada malam itu amat bertenaga dan memukau berkat tunjuk ajar dari Akim yang tidak pernah penat mengajar Elica tentang pembawaan lagu yang betul.

Persembahan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam yang dipenuhi penonton menyaksikan tepukan gemuruh dari pelbilang lapisan masyarakat yang turut sama menyokong Elica.

Diharapkan Elica akan tetap berada dalam Mentor Milenia dan menghiburkan kita semua sehingga ke peringkat akhir.

Saksikan video di atas untuk mengetahui apakah hadiah yang ditaja oleh Dr Irma kepada Elica dan Akim sebagai pemenang mingguan Mentor Milenia 2017.

Tahniah sekali lagi kepada Elica dan Akim sebagai mentor.

Jangan lupa untuk melanggan Newsletter saya untuk mendapatkan berita berita terbaru mengenai Elica dan tips tips penjagaan kecantikan setiap minggu.

Shares