Baju kurung dan warna tona kulit.

Tak lama lagi dah masuk bulan Ramadan, sekejap je kan masa berlalu.

Untuk orang perempuan macam kita ni, baju kurung atau baju raya kena tempah awal awal karang tak sempat nak tempah kenalah beli baju kurung yang dah siap.

Hari ni saya nak bagi tips bagaimana nak pilih baju kurung a.k.a baju raya yang sesuai dengan warna tona kulit anda.

Aik, kenapa nak tahu warna tona kulit untuk memilih baju?

Sebenarnya, mengetahui tona kulit atau ‘undertone’ anda membantu bukan saja menentukan warna baju raya tapi juga menentukan warna yang sesuai dalam pemilihan warna gincu, pakaian dan sebagainya.

Warna yang sesuai berdasarkan tona kulit akan lebih menyerlahkan penampilan anda.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menentukan tona kulit anda:

A) Memahami tona kulit

Tona bawah kulit ditentukan oleh melanin iaitu sejenis zat protein yang terdapat di bawah permukaan kulit yang mempengaruhi warna keseluruhan kulit.

Kulit yang gelap mempunyai melanin yang lebih banyak berbanding dengan kulit yang terang.

Perlu diingatkan, tona bawah kulit tidak semestinya padan dengan warna permukaan kulit
anda.

Tona bawah kulit terbahagi kepada 3 bahagian:

‘Cool’: kebiruan, merah jambu atau kemerahan
‘Warm’: kekuningan, merah muda kekuningan ‘peachy’ dan keemasan
‘Neutral’: Tidak jelas di antara kulit merah jambu atau kekuningan, warna semulajadi kulit lebih jelas.

B) Menentukan Tona bawah kulit

1) Cara yang paling mudah adalah memeriksa bahagian dalam pergelangan tangan anda. Lakukan pemeriksaan
di bawah cahaya semulajadi samaada berhampiran tingkap atau di luar rumah. Pastikan pergelagan tangan anda berada di dalam keadaan yg bersih tanpa sebarang produk. Lihat apakah warna urat di pergelngan tangan anda.

i)Jika berwarna biru atau ungu, anda mempunyai tona bawah kulit ‘cool’
ii)Jika berwarna hijau, tona bawah kulit anda adalah ‘warm’
iii) Jika anda tidak dapat memastikan warna urat anda, anda mungkin mempunyai tona bawah kulit ‘neutral’.

2)Pertimbangkan bagaimana kulit anda biasanya bertindak balas kepada cahaya matahari.

Adakah kulit anda menjadi perang (‘tan’)?
Anda mendapat selaran matahari (‘sunburn’) dan berjeragat?

Jumlah melanin di bawah kulit bertindakbalas pada cahaya matahari dan ini membantu menentukan tona bawah kulit anda.

i) Jika anda mudah ‘tan’ dan jarang mendapat selaran matahari, tona anda adalah ‘warm’atau ‘neutral’.
ii) Jika kulit anda senang mendapat ‘sunburn’ dan tidak menjadi perang, anda mempunyai kurang melanin
oleh itu tona kulit anda adalah ‘cool’
iii) Setengah wanita yang berkulit gelap, tidak mendapat ‘sunburn’ dengan mudah tetapi masih
mempunyai tona ‘cool’.

Cuba beberapa ujian lain untuk menetukan tona bawah kulit anda.

3) Pegang sehelai kertas putih ke muka anda. Perbandingkan kulit anda dengan kertas putih tersebut. Ia mungkin kelihatan mempunyai bayang kekuningan, biru-merah atau merah muda, atau ia mungkin kelihatan
seperti warna kelabu.

i)Jika kulit anda kelihatan kekuningan di sebelah kertas putih, tona anda adalah ‘warm’
ii) Jika kulit anda kelihatan merah muda, biru kemerahan anda di bawah tona ‘cool’
iii) Jika kulit anda kelihatan kelabu, mungkin anda mempunyai tona di antara ‘warm’ dan ‘neutral’
iv) Jika anda tidak dapat membezakan kulit anda sama ada kekuningan atau pun kemerahan, anda mungkin
di bawah tona ‘neutral’. Tona ini boleh mengunakan warna dari ‘cool/warm’ spektrum.

4) Letakkan perhiasan dari emas dan perak diatas pergelangan tangan anda.

i) Jika perhiasan emas nampak lebih menarik, anda mempunyai tona ‘warm’
ii) Jika sebaliknya, tona bawah kulit anda adalah ‘cool’
iii) Jika kedua-duanya nampak menarik pada anda, tona bawah kulit anda adalah ‘neutral’.

5) Minta rakan anda untuk melihat kulit di bahagian belakang telinga anda.

i) Jika kulit anda kekuningan, tona anda adalah ‘warm’
ii)Jika kulit anda merah jambu atau merah muda, tona anda adalah ‘cool’
iii) Jika rakan anda menghadapi masalah untuk menentukan tona anda, cuba pegang sekeping kertas putih
berdekatan dengan kulit anda. Ini dapat membantu mereka melihat dgn jelas sama ada kekuningan atau kemerahan.

MENGGUNAKAN TONA BAWAH KULIT UNTUK MEMILIH WARNA BAJU KURUNG

1) Periksa warna kulit di bawah cahaya semulajadi. Warna kulit merujuk kepada warna permukaan kulit anda yang boleh berubah bila terdedah pada cahaya matahari. Dengan melihat kulit di bahagian rahang, anda dapat menentukan jenis warna kulit anda.

Terdapat 4 jenis warna kulit orang Asia:

i)Putih gading
ii) Sawo matang
iii) Kuning Langsat
iv) Hitam manis

– Pastikan kulit anda bersih dan bebas dari produk seperti bedak asas, bedak atau losyen.

i) Jika kulit anda kelihatan sangat putih dan pucat, anda mempunyai kulit Putih gading. Ciri-ciri kulit
putih gading adalah sangat sensitif pada cahaya matahari senang mendapat ‘sunburn’, berjeragat atau
noda merah pada kulit. Tona bawah kulit anda sama ada ‘cool’ atau ‘warm’.
ii) Jika kulit anda senang menjadi perang (‘tan’) dan jarang mendapat ‘sunburn’, anda memiliki kulit
Sawa matang dan tona bawah kulit anda selalunya ‘warm’
iii) Jika kulit anda pucat, senang mendapat ‘sunburn’ selepas itu menjadi ‘tan’ maka warna kulit anda
dipanggil Kuning Langsat dan berkemungkinan mempunyai tona bawah kulit ‘Neutral’
iv) Jika anda berkulit gelap cepat menjadi perang, mempunyai rambut hitam berkilat, anda berkulit Hitam manis dan mungkin mempunyai tona bawah kulit ‘warm’ atau ‘cool’

MENGGUNAKAN TONA BAWAH KULIT DAN WARNA KULIT UNTUK MEMILIH PAKAIAN YANG SESUAI

Selepas mengenali ciri-ciri kulit anda, maka anda bolehlah memilih warna yang sesuai untuk pakaian dan
warna alat solek anda.

Berikut adalah cadangan dan bukan peraturan yang terpaksa diikuti. Pilihlah warna baju kurung yang menyerlahkan penampilan anda dan anda haruslah berani mencuba apa sahaja warna yang membuatkan anda rasa selesa dan yakin.

Jangan lupa untuk share artikel ini dengan kawan kawan anda dan melanggan Newsletter saya untuk mendapatkan tips tips penjagaan kecantikan setiap minggu.

Shares