Cara memutihkan muka dengan Miracle White Set by Dr Irma

Selaklah dada akhbar, kuaklah helaian majalah, layarilah muka telefon pintar dan anda akan lihat yang menghiasi dan yang menjadi kegilaan adalah wajah cantik putih mulus. Wajah putih seputih artis korea, sebersih gadis jepun idaman anak-anak gadis dan wanita diluar sana, tak terkecuali diri saya sendiri. Heyy, saya juga seorang wanita, sudah pasti naluri dan keinginan saya sama seperti wanita lain. Ingin cantik , ingin putih ingin kulit cerah berseri.

Atas impian itu, saya ciptakan set Miracle White. Cara memutihkan muka dan memudarkan jeragat seawal seminggu dengan ribuan testimoni yang telah kami perolehi, saya yakin untuk bercerita mengenai edisi terbaru dalam rangkaian produk DR. IRMA.

Cara Memutihkan Muka dengan Set Miracle White by Dr Irma

Set yang terdiri daripada Radiant White Cleanser, Crystal Essence, Beauty Balm dan Night Jelly ini lengkap dan melengkapi antara satu sama lain sebagai set penjagaan kulit yang lembut tapi pada masa yang sama bertindak cepat sebagai cara memutihkan muka seawal satu minggu.

Radiant White Cleanser diperkaya dengan ekstrak kaktus dan pati biji anggur membersihkan kulit hingga jauh ke dalam liang pori, menanggalkan kotoran dan mencerahkan serta melembabkan kulit wajah tanpa berbuih dengan banyak. Membersihkan muka dengan Radiant White Cleanser menyediakan kulit untuk langkah seterusnya iaitu Miracle White Crystal Essence.

Miracle White Crystal Essence yang menjadi kegilaan ramai dan kegemaran jurusolek professional Malaysia digunakan untuk tatarias artis dan personaliti TV Alhijrah. Dengan menggunakan kapas muka, crystal essence ini bertindak sebagai penyegar wajah atau toner yang menanggalkan sel kulit mati, megecutkan pori serta mencerahkan dengan pati witch hazel dan agen- agen pemutih yang ditambah dalam essence ini. Ia juga diperkaya dengan pati chammomile makanya ia memberi ketenangan pada kulit dan minda pemakai. Crystal Essence boleh disembur pada muka pada bila- bila masa untuk efek mencerahkan dan menegangkan kulit serta dijadikan spray kemasan terakhir mekap supaya mekap lebih tahan lama.

Miracle White Beauty Balm pula dioleskan pada wajah selepas Crystal Essence. Ia diperkaya dengan serbuk mutiara, pati peppermint, pati kemenyan dan asthaxantin untuk pemutihan kulit , memudarkan jeragat, menegangkan wajah dan kecantikan kulit secara menyeluruh. Asthaxantin semulajadi yang didapati dari rumpai laut berwarna merah adalah satu bahan ekslusif dengan hargayang sangat mahal tetapi saya tambahkan juga di dalam produk ini untuk mengembalikan kulit remaja yang tegang cerah dan berseri bagaikan kulit umur 17tahun. Krim ini lebih popular dengan gelaran “pigment fighter” kerana ia melawan pigment gelap kulit daripada terbentuk dan hasilnya kulit lebih putih dan mulus.

Miracle White Night Jelly juga dikenali sebagai “pigment eraser” bertindak memadam jeragat dan pigmentasi dengan efektif.ia juga bertndak membuang sel permukaan kulit yang sudah mati supaya kulit lebih mudah menyerap segala kebaikan yang ada dalam sesuatu produk. Dengan asthaxantin dan AHA daripada buah sitrus, aprikot dan peach, night jelly bertindak dengan penggelupasan perlahan lahan sehingga kulit baru yang sihat dan tanpa cela naik ke permukaan kulit. Night jelly juga memberi hidrasi yang optimum pada kulit untuk waktu malam di kala kulit memerlukan paling banyak lembapan terutama jika kita tidur menggunakan pendingin hawa.

Dengan 4 produk ini, rutin anda akan menjadi lebih mudah dan anda akan nampak kesan seawal seminggu. Tetapi, lebih penting dari itu, anda boleh menggunakan produk saya tanpa was- was kerana produk saya telah mendapat kelulusan KKM dan bernotifikasi malahan saya sendiri telah melakukan ujian klinikal dan makmal untuk memastikan rangkaian produk saya selamat digunakan dan bebas dari bahan kimia yang tidak dibenarkan dalam kosmetik.

Janji saya kepada anda, untuk menghasilkan produk penjagaan kulit dan kosmetik yang unik, selamat dan efektif menggunakan bahan alami yang tidak memudaratkan. Produk berkualiti setanding malah lebih lagi daripada produk antarabangsa, saya bawakan DR. IRMA untuk penjagaan kulit lengkap anda.

Keyakinan anda, kebanggan Dr. Irma

“Shh.. Rahsia Tau!”

Sila “Share” dengan rakan rakan anda yang belum membaca artikel saya ini dengan menekan butang share.

Langgan Newsletter saya di bawah untuk mendapatkan tawaran tawaran hebat dari masa ke semasa.

Shares